Home Malaysian football Puas hati berjaya mendapatkan kemenangan pertama Kuching City dalam Piala Malaysia

Puas hati berjaya mendapatkan kemenangan pertama Kuching City dalam Piala Malaysia

Ketua jurulatih Kuching Citu, Irfan Bakti, melahirkan kegembiraan beliau terhadap kemenangan yang dikecapi Kuching City.

Beliau yang bercakap kepada media selepas perlawanan memaklumkan bahawa Kuching City belum pernah menang dalam Piala Malaysia, dan ini adalah kali pertama kelab tersebut berbuat demikian.

Menurut Irfan, kemenangan itu, biarpun tidak akan membawa apa – apa perubahan kepada kedudukan Kuching City dalam Piala Malaysia musim ini, adalah satu motivasi kepada pemain untuk perlawanan akan datang, dan juga sebagai persediaan awal untuk musim hadapan.

“Walaupun tidak ada membawa kesan, tapi yang pentingnya jaga maruah.” jelas Irfan selepas perlawanan.

“Malam ini kami balik ke KL, dan kemudiannya ambil penerbangan ke Kuching. Ini kemenangan pertama Kuching City dalam Piala Malaysia. Tahun lepas mereka hanya bermain satu perlawanan sebelum Piala Malaysia dibubarkan.

>> DAPATKAN VOUCHER DISKAUN SHOPEE

“Jadi tahun ini mereka berada dalam pasukan yang kuat, dan semuanya pasukan Liga Super seperti Perak, Terengganu dan Selangor. Saya berpuas hati kerana pemain -pemain inginkan kemenangan pertama dalam Piala Malaysia. Ini motivasi yang baik sebalum kami bertemu Terengganu pada 10 November nanti.” kata Irfan lagi.

Dalam pada itu, Irfan juga memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menurunkan pemain – pemain terkuatnya dalam perlawanan tersebut kerana ada pemain masih lagi cedera.

“Ada beberapa pemain yang tak dapat datang kerana kecederaan jadi kami bawa pemain yang ada.” jelas Irfan lagi.

Previous articleKuching City iktiraf kemudahan JDT sebagai ‘kelas pertama’
Next articleElavarasan: Gol nasib bantu kami