PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kuching City yang kini sah akan menentang semua bekas pemenang Piala malaysia bakal memulakan aksi pertama mereka menentang Terengganu malam ini.

Sungguhpun demikian, ketua jurulatih Kuching City, Irfan bakti, tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi khususnya bagi perlawanan pertama kelab tersebut dalam Piala Malaysia kelak.

Promosi RM1

Menurut jurulatih berpengalaman itu, Terengganu dan semua pasukan lain memiliki kelebihan rehat berbanding The Cats untuk Piala Malaysia musim ini, khususnya melibatkan perlawanan pertama mereka.

Beliau menjelaskan semua pasukan mendapat rehat sebelum sepak mula perlawanan pertama, namun pasukan beliau terus bermain selang dua hari selepas perlawanan terakhir mereka.

// LIHAT PROMOSI BARANGAN SHOPEE HARI INI

“Pasukan ni semua di atas kami. Walau apapun, bola ini apapun boleh berlaku kerana Piala malaysia ni adalah pertandingan bola sepak yang lain.” jelas Irfan.

“Tapi untuk perlawanan pertama ni saya tidak menjangkakan apa – apalah kerana keadaan yang begitu pada penjadualan.

“Pasukan kami saja yang main esok (Ahad). Pasukan ni (Kelantan United) ada masa rehat lagi.” jelas Irfan lagi.

Biarpun demikian, Irfan tetap mahu anak buahnya memberikan yang terbaik dalam pertandingan Piala Malaysia kelak.

Beliau turut melahirkan perasaan bangga kerana pasukannnya berjaya ke Piala Malaysia dan mahu pemain – pemainnya ‘tidak kalah bulu’ apabila bertemu pasukan yang jauh lebih gah dari Kuching City.

“Saya bangga apabila kami sudah sampai ke peringkat ini.

“Saya beritahu budak – buadak, jangan engkau mudah diperkotak katik kan.

“Kena serius menghadapi pasukan – pasukan ini.

“Layan mereka dengan hormat dan kena serius apabila diberi masa bermain.” ujar Irfan lagi.

Kuching City akan memulakan kempen Piala Malaysianya malam ini menentang Terengganu.