Denny akur Sarawak kurang bersedia

Penolong Jurulatih Sarawak FA, yang juga merupakan pengendali utama pasukan tersebut, Denny Da’ail mengakui pasukannya tidak cukup bersedia untuk menentang UKM FC malam tadi.

Denny yang ditemuramah pemberita selepas pasukan bimbingannya dibelasah 6-1 berkata persediaan pasukannya amat kurang selepas bencana jerebu melanda.

Beliau turut mendakwa pemainnya juga tidak cukup cergas untuk menyaingi pasukan UKM FC.

Denny dipetik sebagai berkata “Kita sememangnya tidak ada persediaan yang baik semenjak separuh akhir pertama hari itu apabila dilanda jerebu dan kita lihat daripada perlawanan ini pun, kita kekurangan kecergasan”.

Sarawak telah tewas perlawanan separuh akhir Challenge Cup 2019 malam tadi dan tersingkir dari pertandingan tersebut dengan kekalahan aggregate 7-1 kepada UKM.

Kekalaham itu bermaksud Sarawak kini perlu fokus kepada perlawanan play-off Liga Premier.

Sarawak dijangka bertemu pasukan naib johan Liga M3 untuk menentukan status liga yang mana mereka akan tempuhi pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top