Denny Dai’al memberitahu akhbar Utusan Sarawak bahawa pemain Sarawak FA akan turu dengan semangat “The Borneo of Spirit”.

Denny dipetik sebagai berkata “Mungkin dengan slogan itu mampu menghadirkan cetusan semangat juang luar biasa kepada pemain dalam misi memastikan kemenangan dapat dicapai.”

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais menegaskan bahawa kemenangan tetap menjadi fokus pasukan Sarawak apabila bertemu Selangor United kelak.

Posa dalam pada itu juga berharap UKM akan menewaskan Kelantan FA bagi memastikan laluan Sarawak lebih mudah.

Posa dipetik sebagai berkata “Dalam erti kata lainnya… kita mengharap UKM dapat menumpaskan Kelantan selain kemenangan berpihak kepada Sarawa kelak.

“Fokus untuk mendapatkan kemenangan, harus memastikan tempoh 90 minit permainan dimanfaatkan sepenuhnya.”

Sarawak akan bertemu Selangor United Sabtu ini dengan misi mahu terus kekal di Liga Premier 2020.