Pertemuan di antara Kuching FA vs Sarawak FA semakin hampir pasti akan berlaku.

Siapa sangka Kuching akan keciciran mata dan membenarkan Kelantan United menakluk tangga teratas Liga M3?

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Siapa sangka Kelantan United akan terus gah memastikan jarak mata di antaranya dan Kuching semakin jauh?

Siapa sangka Sarawak FA akan mengakhiri liga di kedudukan terbawah, sekaligus mengundang keperluan untuk Sarawak menentang naib johan Liga M3.

Kini dengan Liga Premier 2019 sudah tiba di pengakhirnya, dan Liga M3 2019 sudah mula merapatkan diri penghujung, hadir kemungkinan yang sangat nyata bahawa Kuching akan mungkin terpaksa menentukan hala tuju musim hadapan dengan menentang pasukan Sarawak, yang juga merupakan ‘abang’ kepada Kuching.

Pertemuan ini semahu-mahunya mahu dielakkan oleh Sarawak mahupun Kuching, namun semakin kita menghampiri penghujung Liga M3, semakin hampir pasti perlawanan ini bakal berlaku.

Kuching dilihat sukar menggugat kedudukan Kelantan United yang seperti tidak mahu melepaskan tahta liga lagi, manakala Sarawak pula sudah sah menanti lawan untuk perlawanan play-off Liga Premier kelak.

Prestasi kurang menyerlah Kuching pada awal pusingan kedua Liga M3 dilihat menyukarkan misi Kuching untuk merampas kembali tahta liga, biarpun Kuching dilihat semakin bangkit sejak kebelakangan ini.

Di pihak Sarawak pula, masalah luar padang kini semakin hangat diperkatakan dan kekalahan 6-1 kepada UKM FC tempoh hari menyaksikan peminat bertambah resah berkenaan kesediaan pasukan bimbingan Denny Da’ial untuk menghadapi perawanan play-off kelak.

Apa pun, jika Kuching bertemu Sarawak pada perlawanan play-off kelak, yang pasti tertekan adalah Sarawak kerana mereka seharusnya menjadi pilihan untuk menang memandangkan mereka mewakili Sarawak.