Ketika persaingan memburu mahkota juara Liga Super 2016 tertumpu kepada Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United yang sudah hampir ke penghujung apabila hanya satu kemenangan diperlukan oleh pasukan harimau selatan itu bagi meraih kejuaraan hatrik.
Namun persaingan bagi mengelakkan zon penyingkiran dilihat lebih mendebarkan apabila 8 pasukan masih bergelut dalam menyelamatkan diri dari tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengubah format pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, dua pasukan di tangga terbawah Liga Super 2016 bakal merasai aksi di Liga Perdana musim hadapan.
Kelantan, Perak, T-Team, PDRM, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang dan Pahang masih lagi bergelut antara satu sama lain bagi mengelakkan pasukan mereka terjerumus ke Liga Perdana 2017.
Hal ini dibuktikan dengan berbaki 3 perlawanan, Kelantan dan Perak yang kini berada di tangga ke-5 dan 6 memungut 24 mata manakala T-Team ditangga ke-7 dengan 23 mata diikuti PDRM (20), Sarawak (19), Terengganu (19), Pulau Pinang (18) manakala Pahang di tangga terakhir dengan mengumpul 14 mata.
Pahang juga masih mampu untuk mengharapkan keajaiban bagi menyelamatkan pasukan mereka dari menamatkan saingan di 2 kedudukan terbawah namun skuad bimbingan Razip Ismail itu wajib menang baki 3 perlawanan tersebut dan mengharapkan pasukan diatas mereka keciciran banyak mata.
Dengan jurang mata yang agak rapat bagi setiap pasukan untuk kekal dalam Liga Super menambahkan lagi rencah dalam saingan liga musim ini.
Berikut adalah baki 3 perlawanan buat pasukan yang sedang mengelakkan zon penyingkiran:
Kelantan
1) Sarawak ( A )
2) PDRM FA ( A )
3) Perak ( H )
Perak
1) Kedah ( A )
2) Selangor ( A )
3) Kelantan ( A )
T-Team
1) Felda United ( H )
2) JDT ( A )
3) Pahang ( H )
PDRM FA
1) Pulau Pinang ( A )
2) Kelantan ( H )
3) Sarawak ( A )
Sarawak
1) Kelantan ( H )
2) Felda United ( A )
3) PDRM FA ( H )
Terengganu
1) JDT ( A )
2) Kedah ( H )
3) Pulau Pinang ( A )
Pulau Pinang
1) PDRM FA ( H )
2) Pahang ( A )
3) Terengganu ( H )
Pahang
1) Selangor ( A )
2) Pulau Pinang ( H )
3) T-Team ( A )
Nota = H ( Tempat Sendiri ) , A ( Tempat Lawan)
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Klu bleh mahukan sarawak kekal di liga super…buatlh yg terbaik sarawak…
Sarawak johor bersaudara. Buat selamanya..
Berjuang demi Sarawak ibu pertiwi ku..
Dah dua atau 3 tahun bergelut.. dah tibanya tukar pengurusan baru..
Harap2 kekal lah…tapi tiap tahun berjuang mati2an nak kekal liga super..xdpt nak target.top5 pun susah…
Sarawak mesti kekal dh ke liga perdana tu mmg tk la layn lagi