Jurulatih sementaranya Sarawak David Usop dilihat yakin pasukan bimbingannya akan berjaya melangkah ke pusingan seterusnya pertandingan Piala Malaysia.
David ketika dihubungi BERNAMA berkata peluang untuk pasukannya melangkah ke suku akhir tetap ada sekiranya dapat memenangi baki tiga perlawanan atau sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.
David dalam pada itu turut membayangkan bahawa Sarawak boleh mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri apabila skuad bimbingannya bertemu JDT di gelanggang sendiri kelak.
Dalam pada itu, David juga berharap dapat menggunakan khidmat dua pemain importnya Ivan Fatic dan Ryan Griffiths yang terpaksa diketepikan ketika pertembungan menentag Perak hujung minggu ini tadi. Beliau turut berharap pemain veteran Mohd Shahrol Saperi juga akan pulih dari kecederaan sebelum perlawanan menentang JDT berlangsung.
Sarawak bakal bertemu JDT di gelangang sendiri pada 24 Oktober ini.
Sumber: BERNAMA