David Usop sangat kecewa dengan FAM

David Usop, ketua jurulatih Sarawak, nyata kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menambah derita pasukan Bujang Senang.

Ini berikutan tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bukan sahaja menolak permohonan pengurangan hukuman Hairol Mokhtar, tetapi telah menambahnya menjadi lebih lama.

David yang ditemuramah Harian Metro menyatakan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman Hairol, namun terkejut apabila mendapati permohonan tersebut bukan sahaja ditolak, tetapi ditambah, sesuatu yang dianggap keterlaluan oleh David.

Dalam pada itu, David mengakui bahawa pemanjangan hukuman tersebut sedikit mengganggu persiapan skuad Bujang Senang untuk mengharungi Liga-M.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top