David Usop optimis mampu melakukan kejutan malam ini

Ketua jurulatih Sarawak FA, Dvid Usop melahirkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu membuat kejutan apabila pasukan Sarawak FA bertemu Selangor FA malam ini.

Selangor yang dijangka turun tanpa Francis Forkey Doe perlu memungut mata penug sekiranya ingin terus kekal bersaing untuk tempat di Liga Super 2018.

David dalam pada itu tidak mahu anak buahnya membuat kesilapan mudah dan tidak rela keciciran mata lagi.

Dalam perkembangan sama, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais, mahu Sarawak melupakan saingan di pusingan pertama Liga Super dan memberi tumpuan untuk memungut mata sebanyak mungkin pada pusingan kedua.

Tambah Posa, Sarawak perlu melonjakkan diri dari zon penyingkiran agar boleh terus kekal di Liga Super pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top