Pasukan Piala Presiden Sarawak hari ini akhirnya menamatkan kemarau tiga mata apabila beroleh kemenangan pertama apabila menewaskan UiTM FC 2-1. 

Pasukan Sarawak terdahulu membuka jaringan melalui pemain muda Ricci Shano seawal minit ke 25. Jaringan tersebut berjaya dikekalkan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, dua gol berjaya dijaringkan kedua-dua pasukan sekaligus pasukan Sarawak berjaya mengekalkan kelebihan jaringan hingga ke wisel penamat. 

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama pasukan Piala Presiden Sarawak dalam 10 perlawanan terdahulu. Tiga mata berharga yang dikutip hari ini juga berjaya melonjakkan kedudukan Sarawak ke kedudukan kelapan dalam carta Piala Presiden dengan 8. 

Pasukan Piala Presiden akan berdepan pasukan Terengganu pada Khamis, 11 Mei 2017 di Stadium Negeri. 

13 COMMENTS

  1. Ya lh…dh brzaman main…br menang…pemain mcm tu kh nk d serapkn ke brmain utk team Sarawak….kalau Sarawak mngharapkn 100% anak tempatan…alamat nya…main liga FAM lh…

    • Ya lh bro…sekrg bukan mcm zaman 80’an…kalau nk serapkn semua pemain tempatan…mmg mimpi d siang hari…sdgkn pasukan yg handal…ada pemain impot…blm tentu pasukan itu mng…ini kn pula nk srh semua pemain tempatan main…alamat nya…lingkup…stadium pun kosong…

Comments are closed.