Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop telah melahirkan perasaan kecewa beliau terhadap barisan pelapis milik Sarawak FA yang gagal menyerlah semasa kunjungan ke Sabah baru-baru ini.

David yang mengulas kekalahan 6-1 kepada pasukan Piala Presiden Sabah FA menjelaskan bahawa di dalam pasukan pilihannya pada perlawanan tersebut, beberapa pemain dilihat menyerlah, namun usaha mereka belum cukup untuk menandingi keupayaan pemain muda Sabah FA.

David yang ditemuramah Utusan Borneo, turut menjelaskan bahawa pemain-pemain muda yang beliau turunkan pada perlawanan tersebut gagal bermain pada tahap sebenar, dan ini lebih mengecewakan beliau.

Tambah David, jadual Liga Malaysia akan padat selepas Hari Raya, dan beliau memerlukan pemain pelapis yang berkebolehan bagi memastikan Sarawak FA mampu bersaing di dalam Piala Malaysia dan Liga Super, terutama apabila sistem rotasi perlu digunakan.

Di dalam siri perlawanan persahabatan di Sabah baru-baru ini, pasukan Sarawak tewas semua perlawanan yang diadakan, dengan David menyenaraikan banyak pemain simpanan dan muda sebagai pemain utama. – sarawakcrocs.com

87 COMMENTS

  1. tak payah kecewa sangat….kita tiada pendedahan yg cukup bagi bakat muda ini maju ditahap tinggi….semuanya kerana dana…yg disebapkan kelemahan pengurusan dari pelbagai aspek….

  2. David xdpt papa tukar gik …. Dah lamak gilak David ya… Mun Xda bajet ambik nak jurulatih under23 ya…testing lok Ne tauk plan game nya dpt pky…..

  3. stiap kali match memang nya salahkan player. xprnah ngakuk salah dirik….player sik ikut arahan.player sik fit..player sik menyerlah….ahh khinzir semua itu

  4. sepatutnya selalu buat friendly utk pemain2 muda/simpanan ni. bukannya trainning sama dirikpun jak. dah bila game x main lalu buruk jadi pekasam.iboh nak lawan kelab di luar. kelab2 disarawak tok pun banyak yg hebat2 pakei polah frendly, x lah semun sidaknya disimpan kedak ya.. xda penbangunan terus utk improve permainan sidaknya

  5. Sangat kecewa tgok dgn mata sendiri corak permainan pasukan Sarawak FA.Entah apa taktik serangan yg dibuat..Apakah coach tdk tgk kelemahan corak permainan di tengah padang?kita syang dan sokong pasukan sarawak tp klo trus2 bgtu performance ssah mhu brsaing utk kekal dlm liga super..😢

  6. Yang senor dah kalah sntsa jangan lagi pelapis….kami sayang SARAWAK tuk….FAS tu sik mahu dngar luhan rayat sarawak….tukar aja coach ya…..berpa lama dah main kalah kalah aja….

  7. kahhh drama x sudahhh….sampai akhir seasonn mcm tokkk jak jln crta nya ….seri n kalahh kompem dlm tngn …menanggg nunggu bulan gugukk dr lngit

  8. DU,kenapa pulak ko uji pemain pelapis…ko cari dulu keserasian pemain utama dulu…uji sana sini last2 ko kata pemain 1st eleven tak serasi masa game liga super..apelah…

  9. Byk gilak alasan, ndak juak 3 kali match semua kalah, friendly ngan Team Belia Sarawak 2017 ya jak, mun Kalah juak xda alasan dpt diterimak gik, polah team baru jak, coach pun tukar baru, rugi bayar gaji players ngan coach yg xda rupa nk mengangkat nama Sarawak

  10. Ingat peristiwa team Sarawak membelasah team Perak 6 – 0 dulu? Selepas peristiwa itu apa terjadi kepada team Perak? Selepas itu dapat tak team Sarawak membelasah Perak lagi?? Kena belasah ada la… Kalau mereka dapat buat dan menunjukkan kemajuan cemerlang, mengapa tidak team Sarawak? Tepuk dada tanya selera…

  11. itu petanda nya skuad sarawak belum bsedia menggunakan local sarawkian main kat liga super. tahun tk fas eksen gilak. guna 90% local sarawkian. nangga pa jd. kita masih memerlukan khidmat import local utk mengimbangi saingan kat liga super. tok skuad pelapis pun masih trumbang ambing gik

Comments are closed.