Chanturu mahu lupakan kekecewaan liga dan fokus kepada Piala Malaysia

TM Piala Malaysia kini menjadi fokus buat Sarawak United FC selepas usaha mereka untuk merangkul kejuaraan Liga Premier terkandas di penghujung saingan.

Menurut pemain sayap Sarawak United FC, S. Chanturu dia dan rakan-rakan mahu segera melupakan kekecewaan itu dengan segera memberikan fokus kepada saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 26 September ini.

Sarawak United FC bakal berada dalam Kumpulan A bersama Penang FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Bandaraya berdepan Penang FC pada 26 September ini.

// DAPATKAN VIVO X70 PRO DENGAN HARGA KAWAN

“ Kami berada terbaik sejak perlawanan pertama liga dan sentiasa meraih kemenangan tetapi pada tiga perlawanan terakhir ini, kami seperti hilang fokus.

“ Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya dengan berikan lebih 100 peratus cuma nasib jelas tidak menyebelahi kami namun apa yang penting kami telah berada di Liga Super, musim depan.

“ Sarawak akan cuba berikan cabaran di TM Piala Malaysia dan saya rasa kami boleh bersaing dengan pasukan-pasukan dalam kumpulan kami yang terdiri dari semua pasukan Liga Super.

“ Jika dilihat kepada kualiti pemain dalam pasukan, tahap kami sememangnya sama dengan pasukan Liga Super dan Sarawak akan cuba letakkan sasaran untuk layak sejauh mana yang boleh, ” katanya.

Kegagalan meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir menjadi punca di sebalik kekecewaan Sarawak United yang terpaksa merelakan Negeri Sembilan FC bergelar juara Liga Premier 2021. – MFL

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top