PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bola sepak Kuching City hari ini telah melahirkan penghargaan mereka kepada peminat dan penyokong kelab tersebut.

Menurut ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, peminat mereka telah tanpa putus, terus memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan tersebut biarpun mereka berada di kedudukan ‘kurang menyenangkan’ pada awal musim, yang mana menyaksikan Kuching City berada di kedudukan bawahan Liga Premier.

Promosi RM1

Sungguhpun demikian, peminat The Cats telah tanpa putus terus memberi kata semangat serta sokongan kepada kelab, baik melalui media sosial mahupun secara peribadi kepada pemain dan pegawai kelab tersebut.

Ini telah menyaksikan semangat pemain dan pegawai kelab muda itu kekal kuat dan mendorong mereka untuk terus berusaha bagi mencapai kemenangan dan pencapaian yang diperlukan.

// PROMOSI JERSI KUCHING CITY FC

“Kami dari barisan pentadbiran hingga ke barisan jurulatihan dan pemain sangat menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi dari peminat Kuching City”. kata Irfan apabila dihubungi pihak SarawakCrocs hari ini.

“Peminat Kuching City memang luar biasa kerana mereka tanpa penat terus memberi sokongan kepada kami dari awal musim hingga kini.

“Ianya adalah kerana mereka, kita bersemangat untuk berusaha dan berjaya. Dan apabila pasukan dalam keadaan sukar pada awal saingan dengan keputusan agak merundum, sokongan merekalah yang telah membantu kami bangkit pada pusingan kedua sehingga ke akhir musim.

“Sememangnya, peminat Kuching City amat istimewa kepada kami, dan kami akan membalasnya dengan persembahan terbaik kami di atas padang. Terima kasih peminat semua.” jelas Irfan lagi.

Kuching City mengulangi kejayaan mereka pada musim lepas dimana pasukan tersebut kini sudah layak ke Piala Malaysia dan akan bertemu pasukan Perak, Selangor dan Terengganu dalam saingan peringkat kumpulan 26 September ini.