Kelab bola sepak Sarawak United hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa gaji semua pemain – pemain terlibat sedang diuruskan oleh pasukan tersebut.

Kenyataan rasmi kelab tersebut juga menyatakan bahawa urusan pembayaran akan dilakukan secara terus kepada pemain tanpa melbatkan pihak ketiga.

“Pihak Sarawak United FC pada ketika ini sedang menguruskan pembayaran baki gaji pemain – pemain terlibat” kata Sarawak United dalam kenyataan rasminya di laman sosial kelab tersebut.

“Urusan penyelesaian pembayaran ini dilakukan secara terus dengan para pemain dan tidak melibatkan pihak ketiga.” jelas kenyataan itu lagi.

Pihak Sarawak United juga menyangkal ada menerima sebarang surat menyurat atau dihubungi mana – mana wakil pemain.

“Pihak Sarawak United FC juga belum menerima apa – apa surat – menyurat mahupun dihubungi mana – mana wakil pemain” jelas Sarawak United.

Kelab tersebut menjelaskan bahawa ianya perlu menghormati terma dalam kontrak pemain, dan berharap mana – mana wakil pemain juga turut berbuat demikian.

“Sepertimana pihak Sarawak United FC perlu menghormati terma – terma kontrak bersama pemain, maka, mana – mana wakil pemain harus juga berbuat demikian dalam apa – apa urusan berkenaan pemain Sarawak United” jelas kenyataan kelab tersebut.

Anda boleh membaca kenyataan rasmi kelab tersebut di bawah.

Sarawak United sebelum ini dikhabarkan telah tidak membayar gaji seorang daripada pemain importnya musim ini dengan wakil pemain tersebut mengugut akan membawa isu tersebut ke FIFA.