Challenge Cup: Perlawanan Sarawak FA vs TFC2 terjejas

KUCHING – Perlawanan timbal balik Challenge Cup melibatkan pasukan Sarawak FA dan Terengganu FC 2 terjejas dan terpaksa dihentikan dua kali selepas lampu limpah Stadium Negeri mengalami gangguan dan terpadam.

Masalah dikatan berlaku akibat masalah bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di sekitar stadium, termasuk Taman Sukma.

Adalah dilaporkan pihak Sarawak Energy sedang berusaha mengenalpasti masalah.

Menurut Sarawak Energy, masalah bekalan adalah diakibatkan kerosakan di stesen kuasa Samariang, sekaligus menggangu bekalan ke kawasan Samariang, Santubong dan kawasan berdekatan.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan telah dipulihkan dan dihubungkan dengan kuasa dari generator buat sementara waktu.

Adalah difahamkan kerja baik pulih akan hanya tamat pada tengah malam ini.

Sarawak FA kini mendahului perlawanan 1-0 hasil jaringan Dzulazlan Ibrahim pada babak pertama perlawanan. – sarawakcrocs.com/cdn

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top