Ketua Pegawai Operasi Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd memberi jaminan bahawa padang SNBJ dijangka berada pada tahap terbaik untuk final Piala FA tahun ini.
Ini kerana Shazli mengesahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan tiada sebarang aktiviti sukan diadakan di venue berkenaan sehingga aksi final Shopee Piala FA 2019.
Menusut Shazli lagi, persiapan perlawanan akhir kali ini diadakan sebulan lebih awal dan mereka berharap aksi terakhir Piala FA musim ini akan berjalan seperti yang dirancang.
“Padang tidak digunakan oleh mana-mana aktiviti sukan di venue berkenaan sehingga tarikh final Shopee Piala FA 2019.
“Itulah jaminan yang diberikan oleh PSM dan sebelum ini tradisi final Piala FA melihat persiapan untuk perlawanan akhir kebiasaannya satu atau minggu sebelum perlawanan akhir berlangsung.
“Namun kali ini kita ada persiapan hampir sebulan dan MFL berharap perlawanan akhir ini berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan,” ujarnya.
Stadium Bukit Jalil akan digunakan sebagai pentas akhir Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak 27 Julai kelak.