Bujang Senang pamer disiplin, punca kemenangan

2 JULAI – Pasukan bimbingan David Usop kelmarin mempamerkan disiplin tinggi ketika perlawanan, sekaligus menyaksikan taktikal David menjadi. 

David yang dikatakan memainkan sistem 4-1-4-1 menyaksikan bahagian pertahanan dan tengah Sarawak FA jelas berjaya mengawal perlawanan, sekaligus mengecewakan barisan serangan Kelantan FA yang gagal menyamai rentak permainan pasukan dari Kuching itu. 

Pada babak pertama, Sarawak FA mempunyai hampir tujuh percubaan tepat ke gawang Kelantan FA, dan sepatutnya berjaya menjaringkan tidak kurang empat gol jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gola Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat. 

Walaubagaimanapun, aksi Sarawak FA pada babak kedua dilihat sedikit longlai biarpun Sarawak FA terus menguasai permainan. 

Jika aksi babak pertama Sarawak FA diteruskan sepanjang baki Liga Malaysia, adalah tidak mustahil Sarawak FA mampu pergi jauh di Piala Malaysia, dan mengakhiri musim Liga Super di pertengahan liga. 

Menarik lagi, Sarawak FA juga mempunyai peluang untuk bersaing sengit di Liga Super padamusim hadapan kerana rata-rata pemain bimbingan David adalah pemain mudah yang berumur di bawah 26 tahun. – sarawakcrocs.com 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top