1 JULAI – Sarawak FA berjaya memungut mata penuh di Kota Bharu sebentar tadi selepas berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan.
Sarawak FA yang memerlukan kemenangan untuk terus bersaing di Liga Super bermula dengan hantaran kemas dengan Mateo Roskam hampir menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi pada minit-minit awal perlawanan.
Pada minit ke-22, Demerson Bruno membuka tirai jaringan perlawanan apabila beliau menanduk kemas hantaran Tommy Mawat, hasil dari sepakan percuma dari tengah padang.
Sarawak FA meneruskan aksi kemas dan berdisiplin di padang, dan Mateo meletakkan pasukan yang diwakilinya dua gol dihadapan dengan jaringan cantik dua belas minit kemudian.
Keputusan kekal 2-0 memihak Sarawak sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan seling berbalas serangan, namun buntu menambah sebrang jaringan sehingga masa penuh, sekaligus menyaksikan Sarawak FA membawa pulang tiga mata penuh.
Saksikan video jaringan Roskam dan Demerson dibawah.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Yeah…
Common sarawak..terus bertahan
stedy lah SARAWAK
Harap momentum kemenangan terus menerus…
trbaik laa..terusknnnn💪💪💪
Sarawak menang… Kelantan kalah… Go2 ngap sayot
Tahniah coach D.Usop dan pemain2 sarawak fa kerana berjaya mengutip 3 mata penuh d tmpt lwn..
Disayot sajaaaa
Tahniah Sarawak
Gasak sarawak gasak…anang cabut
Tahniah
Tahniah…semua pemain brik komitmen yg bgs mlm tdik…cmya bruk best nga team kita main..harap trskn gk corak prmainan cmya..back 4 tahniah…x gopoh…
Perthhhh..mmg power…hrap juara liga…
Tahniah david usop n the gang. Strategi n taktikal menjadi 4-1-4-1. Midfield kelantan kenak lock. Local players nang awsome n ketiadaan ronny xmbri kesan. Kipidap uu.
Berkat kesabaran DU… Tahniah Sarawak..
Teruskan perjuangan…
Sarawak boleh…..terbaik.