Home Malaysian football Boris Kok buka cerita berkenaan isu culas gaji Sarawak United

Boris Kok buka cerita berkenaan isu culas gaji Sarawak United

Pemain Sarawak United, Boris Kok telah menyuarakan pengalaman beliau berkenaan isu tunggakan gaji di Sarawak United.

Boris mendakwa, pemain dan staf Sarawak United belum dibayar selama empat bulan, dan telah walaubagaimanapun terus bersikap profesional.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak pengurusan kelab tersebut telah banyak menabur janji pada pemain dan pegawai kelab selama tiga bulan untuk membayar gaji, namun janji – janji tersebut tidak ditunaikan sehinggakan pemain dan pegawai menghadapi kesukaran ekoran ketiadaan wang.

Boris juga mendakwa beliau tidak tidak mengambil langkah menamatkan kontrak beliau bersama Sarawak United selepas dipujuk oleh pihak kelab.

Anda boleh baca kenyataan penuh Boris melalui laman Facebook rasminya dibawah.

Anda juga boleh ke sini untuk membaca kenyataan itu terus di Facebook.

Isu culas gaji Sarawak United telah disahkan pemilik kelab tersebut Posa Majais baru – baru ini dengan Posa mendakwa ianya akan selesai dalam seminggu dua lagi.

Posa walaubagaimanapun menafikan tunggakan gaji melangkaui tiga bulan dan berkata ada pemain telahpun diberi ‘advance’.

RECOMENDED LINKS: