Ramai peminat bola sepak menyalahkan JDT sebagai punca bola sepak Malaysia hambar apabila mereka muncul juara piala demi piala yang dipertandingkan.
Persoalannya disini wajarkah hukuman itu dijatuhkan kepada JDT sahaja?
Maklum sebagai manusia dan orang Malaysia kita lebih mudah mencari alasan dan meletakkan kesalahan kepada orang lain berbanding diri kita sendiri.
JDT kini berada di kelas mereka tersendiri. Dari pengurusan ke fasiliti mereka adalah terbaik di Malaysia. Jadi adakah akan ada pasukan yang mampu menggugat dominasi JDT ini.
Mereka unggul menjuarai Liga Super tahun ini dengan skuad yang sedikit terumbang ambing di pertengahan musim. Dan untuk makluman, skuad JDT 2018 ini bukanlah skuad terbaik yang pernah dimiliki.
Bayangkan jika mereka mempunyai skuad yang lebih baik. Bagaimana pula mereka mendominasi liga.
Mereka akan bertanding di Liga Juara-Juara Asia sekaligus mereka akan memperkasakan pasukan mereka ke tahap yang lebih baik.
Perkara ini harus dipandang serius oleh pasukan lain jika berhajat menyekat kemaraan JDT.
Tidak mustahil jika mereka menang Liga Super untuk 5 tahun mendatang. Jika pasukan lain masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat maka perkara ini akan memberi laluan mudah kepada mereka.
Pasukan lain seperti Sarawak FA kini perlu merencana hala tuju mereka. Tetapkan sasaran untuk ke peringkat lebih tinggi dan bukannya sekadar mengalahkan JDT dan menyalahkan mereka.
Penyokong perlu tegas terhadap pengurusan pasukan anda jika anda inginkan perubahan.
Pihak pengurusan juga harus tegas dalam mengurus pasukan. Pastikan anda mendapat dana yang mencukupi menerusi penajaan dan uruslah pasukan mengikut acuan dan dana yang anda miliki.
Liga akan bertambah meriah jika ada sekurang-kurangnya 3 pasukan bersaing merebut kejuaraan.
Berikan tentangan kepada JDT dan jangan jadikan mereka kambing hitam kerana hanya ingin menutup kelemahan pasukan kita sendiri. – SARAWAKCROCS.COM/JJF