Bobby Gonzales sah sertai Pulau Pinang FA

Penyerang sensasi Bobby Gonzales sah menjadi milik pasukan Pulau Pinang FA.

Berita penghijrahan Bobby ke pasukan tersebut disahkan oleh laman sosial Pulau Pinang FA sendiri.

Bobby yang sudah dua kali memenangi kasut emas sebagai penjaring tempatan terbanyak di Liga Premier kehilangan kelab sebelum ini selepas Sarawak FA tidak memanjangkan perkhidmatan beliau bersama pasukan tersebut.

Dalam perkembangan sama, khabar bahawa Bobby telah mula dirisik oleh Pulau Pinang FA menjadi perbualan hangat peminat beliau pada bulan Januari lalu selepas gambar beliau menggunakan jersi pasukan tersebut tertiris di laman sosial.

Pulau Pinang kini dilihat sedang memperkuatkan diri untuk saingan Liga Premier dan dijangka memberi saingan sengit kepada pasukan lain di liga tersebut yang akan bermula 28 Februari ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top