Bayangan bahawa Bobby Gonzales akan kembali ke Kuching sebelum ini akhirnya terjawab apabila beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi.
Menurut sumber SarawakCrocs yang tersempak dengan beliau, Bobby kelihatan ceria dan bersemangat untuk menyertai pasukan Sarawak FA. Sumber sama memaklumkan Bobby baharu saja tiba di Kuching.
Walaubagaimanapun sumber sama tidak dapat memberi sebarang maklumat jika Bobby sudah memiliki kontrak bersama pasukan Sarawak FA kerana tidak sempat bertanya akan hal demikian ketika menyapa Bobby.
Pihak kami difahamkan peluang Bobby untuk kembali menyarung jersi Sarawak FA adalah sangat cerah, dan kehadiran beliau untuk sesi percubaan kendalian Ian Gillan hanyalah satu formaliti.
Turut berada di Kuching adalah Muamer Salibasic yang kini sedang menjalani sesi percubaan dengan pasukan Sarawak FA.
Sebelum ini, spekulasi rangkaian serangan Bobby dan Muamer menjadi bualan hangat peminat bolasepak Sarawak apabia kedua-dua penyerang dikaitkan dengan pasukan Sarawak FA.
Dengan kehadiran Bobby kini, rangkaian serangan tersebut, yang dianggap antara paling berbisa sehingga kini, kelihatan seperti hampir pasti menjadi realiti.
// Jersi Tribal SarawakCrocs bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dapatkan di Kedey.SarawakCrocs.