Penyerang berusia 31 tahun, José Emilio Furtado kini berada di Kuching untuk mengintai peluang mengisi kekosongan yang dijangka ditinggalkan oleh Muamer Salibasic.
Pemain yang senegara dengan pemain bintang Christiano Ronaldo, pernah beraksi dengan dua kelab gergasi sebelum ini yakni CSKA Sofia dari Bulgaria, dan AEK Athens dari Greece. Jose juga pernah bermain untuk skuad B Porto.
Sungguhpun gagal menyerlah pada aksi pertama sesi uji bakat kelmarin, Jose mempunyai rekod jaringan yang agak menarik dengan beliau mencatatkan 27 jaringan daripada 34 perlawanan apabila bersama bekas kelab Joel Epalle, Panachaiki F.C.
Beliau juga mempunyai ketinggian 1.82m dan belum pernah bermain di Asia. Menurut akhbar Utusan Sarawak, Jose telah diperkenalkan kepada skuad Bujang Senang oleh agen pemain, dan kebolehan beliau sedang dipantau oleh Sarawak FA.
Setakat ini, pasukan Sarawak masih lagi mencari pengganti untuk Hassan Mohammad dan Muamer Salibasic, dan belum ada berita rasmi berkenaan samada Billy Mahmet sudah ditandatangani oleh skuad Bujang Senang.