Bekas pemain Sarawak bakal uji anak buah David

Sarawak FA perlu berhati-hati apabila bertemu PKNS FC petang ini ekoran kemungkinan turunnya Safee Sali. 

Safee yang merupakan bekas pemain kebangsaan, dan turut pernah bermain untuk pasukan Bujang Senang suatu masa dahulu (tahun 2005),  telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialaminya, dan telah menyatakan beliau bersedia untuk merobek gawang pasukan pelawat. 

Dalam pada itu, David harus memastikan barisan pertahanan beliau fokus dan tidak leka kerana Saffee terkenal dengan sepakan padu beliau yang menyaksikan beliau menjaringkan banyak gol dari luar kotak penalti. 

Selain daripada itu, Saffee juga amat bijak mencari ruang dan ini boleh menimbulkan masalah besar kepada Sarawak FA jika barisan pertahanan Sarawak membenarkan hantaran-hantaran masuk ke kawasa penalti. 

Seorang lagi pemain PKNS yang boleh memudaratkan Sarawak FA adalah Bobby Gonzales, bekas penyerang Sarawak FA pada musim 2013. Dengan kelebihan sebagai ‘poacher’, Bobby mempunyai kecenderungan yang sangat tinggi menjaringkan gol apabila menentang pasukan Sarawak FA. 

Sarawak FA dijangka bertemu PKNS FC di Shah Alam petang ini. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top