Bekas pemain import UKM dikaitkan dengan Kuching City

Persoalan berkenaan siapakan penyerang import terbaharu Kuching City semakin panas apabila satu lagi nama baharu dikaitkan dengan kelab tersebut.

Menurut satu sumber, bekas penyerang sensasi pasukan UKM FC, Ijezie Michael Chukwubunna akan menyarung jersi kelab Kuching City dalam masa terdekat.

Sumber tersebut mendedahkan bahawa hubungan pemain tersebut dengan barisan kejurulatihan Sarawak United, merupakan antara faktor besar mengapa Ijazie berjaya dibawa ke Kuching City.

Jika benar, Ijakie merupakan pemain penyerang yang berkemampuan tinggi pada umur 33 tahun.

Beliau yang sebelum ini pernah bermain juga dengan pasukan Langkawi dan MIFA, telah menjaringkan tidak kurang 48 gol dalam 70 perlawanan yang ada di rekod di Wikipedia, sekaligus menjadikan beliau antara penyerang paling berbisa dalam Liga Malaysia.

Jika benar pemain Nigeria ini merupakan pemain import baharu Kuching City, ianya akan pasti menjadi satu laungan amaran kepada semua pasukan lain di Liga Premier memandangkan rekod jaringan Ijakie adalah melebihi 60 peratus daripada semua jumlah perlawanan yang dimainkannya.

Samada benar maklumat yang kami perolehi, sama – sama kita nantikan pengumuman rasminya pasukan Kuching City kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top