Kuching City FC yang masih berteka teki berkenaan pemain import baharunya berkemungkinan akan memperkenalkan Ndumba Makache sebagai pemain tersebut.

Makache, yang merupakan antara penyerang paling berjaya di dalam Liga Malaysia pernah bermain dengan pasukan Sarawak FA suatu masa dahulu.

Berumur 29 tahun, Makache merupakan mesin gol bagi mana – mana pasukan yang disertainya.

Pemain Zambia itu paling akhir bermain dengan pasukan Gwelup Croatia di Australia di mana beliau menjaringkan 12 gol dari 11 perlawanan.

Ketika bersama pasukan Sarawak FA pada tahun 2016, Makache menjadi penjaring terbanyak pasukan Sarawak FA biarpun pasukan tersebut tidak menyerlah di dalam Liga Malaysia dengan 12 jaringan daripada 25 perlawanan.

Sumber kami menyatakan bahawa pemain import Kuching City ini kini sudahpun berada di Kuching dan kini sedang menjalani kuarantin di salah sebuah hotel terkemuka di pusat bandaraya.

Sekiranya benar Makache adalah penyerang baharu Kuching City, pasukan lain harus berwaspada kerana ketajaman Makache di dalam petak penalti sememangnya tidak dapat dinafikan.

Siapapun penyerang import baharu Kuching City ini, peminat bola sepak Sarawak kini amat teruja dengan kehadirannya dengan sebuah kelab bola sepak dari Sarawak.