Home Malaysian football Kuching FA nombor dua!

Kuching FA nombor dua!

Kuching FA telah dinobatkan sebagai Naib Johan Liga M3 2019.

Pengesahan itu hadir selepas Kuching menumbangkan Glory United FC 1-0 di Stadium Sarawak malam tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Hafis Saperi pada babak kedua perlawanan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa gol pada akhir babak pertama.

Kemenangan itu cukup untuk memberikan Kuching 56 mata, sekaligus meletakkan mereka tidak dapat dipintas oleh pencabar terdekat Armed Forces FC.

Armed Forces kini mengumpul 48 mata daripada 24 perlawanan.

Kuching kini masih memiliki dua perlawanan di dalam tangan dan akan perlu bersedia untuk menentang Sarawak FA di dalam play-off Liga Premier kelak.

RECOMENDED LINKS: