Pasukan Sarawak menamatkan kemarau 22 tahun bola sepak KARVOTEK apabila menundukkan Perlis malam tadi dan menjadi juara pertandingan tersebut.
Sarawak yang turun sebagai ‘kuda hitam’ pertandingam tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menang namun berjaya mempamerkan aksi terbaik dengan menewaskan Perlis 2-1 pada aksi final malam tadi.
Bekas pemain bola tampar Kolej Vokasional Miri, Rick Lihan Raymond membuka tirai jaringan pada babak kedua perlawanan dengan menanduk masuk satu set-piece hasil sepakan sudut selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa gol pada babak pertama
Perlis menyamakan kedudukan pada minit ke-75.
Di kala perlawanan seolah-olah akan memasuki masa tambahan, Rick Lihan sekali menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.
Kali ini, Rick Lihan merembat kencang bola hasil hantaran lintang ke dalam kotak penalti bagi mengesahkan kejuaraan Sarawak.
Ketua Jurulatih pasukan Sarawak, Hakimi Man erkata bahwa kejayaan tersebut adalah sangat manis kerana ianya mengakhiri kemarau kejuaraan Sarawak selama 22 tahun.
Beliau turut memuji keazaman pemainnya, termasuk kebolehan mereka melaksanakan taktikal.yang dirancang, sekaligus membolehkan Sarawak muncul juara KARVOTEL Kebangsaan.
Selain menjuarai kejohanan, Rick Liha turut di anugerahkan pemain terbaik perlawanan.
Lebih banyak gambar kami kongsikan di Instagram kami https://instagram.com/SarawakCrocs