Bekas jurulatih Blackburn Rovers dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pulau Pinang FA

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (PFA) hari ini mengumumkan pelantikan Ashley Westwood, 40, sebagai Ketua Jurulatih yang baharu dengan kontrak selama dua tahun.

Ashley yang sebelum ini melatih pasukan Liga India, Bengaluru FC, mempunyai pengalaman selama lima tahun di dalam bidang kejurulatihan, namun beliau telah berjaya membawa pasukan kedua bimbingannya, Bengaluru FC, memenangi semua kejuaraan di Liga India pada musim 2015-16.

Kejuaraan musim 2015-16 adalah yang kedua dikecapi oleh Bengaluru FC, selepas Ashley juga berjaya membawa pasukan tersebut menjadi juara Liga India pada tahun pertamanya sebagai jurulatih kelab tersebut pada 2013.

Pada tahun 2014, Ashley juga hampir membawa kelabnya kepada kejuaraan Liga India, namun kekalahan pada perlawanan akhir menyaksikan mereka tersungkur ke tangga kedua.

Sebelum menjadi Ketua Jurulatih yang sangat berjaya di Bengaluru FC, Ashley pernah berkhidmat di Blackpool dan Blackburn Rovers sebagai jurulatih.

PFA dalam pada itu berharap Ashley mampu menaikkan status pasukan Pulau Pinang di Liga Super, dan pelantikan seorang jurulatih yang boleh dikatakan masih ‘muda’ merupakan satu indikasi bahawa pasukan Pulau Mutiara itu berhasrat untuk mencapai kejayaan pada musim 2017 Liga Malaysia kelak.

MAKLUMAN: Semak pertandingan futsal/bolasepak di sekitar kawasan anda di laman web ini secara percuma!

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top