Perkhabaran bahawa pasukan Bujang Senang sedang giat mencari penyerang baharu telah mendorong bekas pemain import Sarawak, Ivan Babic untuk ke Kuching bagi mengintai peluang kembali menyarung jersi belang hitam-merah.

Ivan dikatakan amat berminat untuk kembali berkhidmat bersama pasukan bimbingan Bujang Senang, dan beliau telahpun berada di Kuching untuk sesi pengujian yang dijadualkan hari ini.

Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu bermain untuk pasukan DRB-Hicom di Liga Premier, namun keputusan pasukan tersebut untuk menarik diri daripada Liga Malaysia untuk musim hadapan menyaksikan Ivan kembali tidak memiliki kelab, walaupun beliau telah menjaringkan 16 gol ketika di dalam liga.

Samada Ivan akan diserap ke pasukan bimbingan David Usop selepas sesi pengujian masih menjadi persoalan semua pihak, namun adalah dipercayai bahawa jika bayaran gaji yang diminta oleh Ivan dianggap munasabah oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), kemungkinan Ivan kembali ke Kuching adalah amat cerah.

Untuk rekod, Ivan telah menjaringkan sembilan gol daripada 13 perlawanan ketika beliau bermain dengan Sarawak pada tahun 2013, dan kemudiannya menjaringkan lapan gol daripada sembilan perlawanan ketika bersama Negeri Sembilan.

34 COMMENTS

  1. Fas tolong kukuhkan kewangan dan byr gaji player tiap2 bulan mun mok player main bena2…..faktor utama gaji…mun dh gaji mala tangguh2 player ney mok main bena2…betol sik….agik kuli gik malas keja mun dah tokey sik bayar gaji apatah agik player….

  2. Modal penting..
    Di mana dapatkan modal…
    Adalah dari peminat NGAP SAYOT.
    sa lebih suka kalau swk main di liga perdana.
    Liga super belum jumpa sisik ayam sambung.
    Ikhlas sa cakap.
    Maafkan sa.

  3. mun kuota import ada 4 . seeloknya kita cari CB, DMF, AMF, ST. biar setiap posisi ya kita ada mentor. bukan setakat pandai bermain. haruslah memberi tunjuk ajar atau share pengalaman dgn local player. back to the basic of why we use import player

Comments are closed.