Sarawak United FC berkemungkinan besar akan mendapat suntikan di bahagian sayap apabila bekas pemain Pahang FA, Gopinathan a/l Ramachandra, dikhabarkan akan ke kelab tersebut.
Gopinathan yang juga telah beraksi bersama JDT FC, Melaka United, PDRM FA dan Selangor FA, merupakan juga pemain kebangsaan Malaysia.
Diletakkan bernilai RM618,615 oleh laman web transfermarkt.com, Gopinathan kali terakhir beraksi bersama pasukan Pahang pada tahun 2020, dan juga mewakili Malaysia antara tahun 2012 hingga 2015.
Beliau paling menyerlah bersama Pahang pada tahun 2010 hingga 2015 apabila menjaringkan 15 gol.
Pemain sayap berumur 31 tahun itu terkenal dengan larian – lecekan pantas beliau, dan beliau dijangka akan menyertai pasukan Sarawak United pada musim hadapan.
Walaupun khabar perpindahan Gopinathan belum rasmi, namun sumber – sumber media sosial dilihat pasti akan kedatangan pemain serba boleh ini ke kem Sarawak United.
Jika benar beliau bakal ke Sarawak United, bahagian serangan kelab tersebut sudah pasti akan menjadi lebih bahaya memangkan Gopinathan adalah seorang pemain sayap yang sukar dikawal oleh pemain pertahanan lawan.
Buat masa ini, Sarawak United telah sah membawa masuk Norshahrul Idlan talaha, dengan beberapa pemain lain belum dipastikan status mereka.