Kemenangan Kuching City ke atas pasukan simpanan Perak FC disambut gembira oleh semua pemain dan barisan kejurulatihan kelab tersebut.

Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti mendedahkan bahawa pasukan beliau telah lama tidak meninkmati kemenangan, jadi kemenangan malam tadi disambut penuh gembira.

“Kami dah lama tak merasa nikmat kemenangan, jadi bila budak budak menang, macam menang final pulak dah.” kata Irfan selepas perlawanan.

“Dah sebulan lebih (tak menang). Kali terakhir kami menang lawan Polis. Lepas tu kalah, kalah, seri. Seri enam kali. ” kata Irfan lagi.

Dalam pada itu, Irfan menjelaskan bahawa kemenangan ini seharusnya menjadi titik permulaan kepada pasukan Kuching City yang selepas ini akan bermain di Kuching sehingga tamat musim.

“Ini kemenangan kedua jadi ini satu “breaking point” untuk kami dimana semua perlawanan pusingan kedua akan dimainkan di Kuching, Sarawak.” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Irfan juga mendedahkan bahawa pemain – pemain telah lama tidak balik ke Kuching kerana kuarantin 14 hari yang dikenakan oleh pihak SDMC, dan beliau telah membreritahu bahawa jika pemain mahu balik dengan perasaan gembira, kemenangan harus dicipta malam tadi.

“Kami dah dua bulan tak balik kerana kuarantin.

“Saya beritahu pemain, kalau nak balik seronok, kalau nak bercuti, anda kena pungut tiga mata malam ini.” jelas Irfan lagi.