KUCHING: Pengiran Bala telah dinamakan sebagai Ketua Jurulatih yang baharu untuk Sarawak FA selepas David Usop mengumumkan beliau ‘merehatkan diri’ sebentar tadi.
Menurut David, beliau mempunyai kepercayaan penuh ke atas Bala untuk mengemudi pasukan Sarawak FA yang kini di tangga ke-10 Liga Super.
Ini bukanlah kali pertama bekas pemain Sarawak itu menjadi ketua jurulatih Sarawak FA kerana beliau pernah mengemudi pasukan yang bertapak di Kuching itu pada tahun 2007.
Jodoh Bala bersama pasukan senior Sarawak FA walaubagaimanapun tidak lama selepas krisis kewangan melanda Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), sekaligus menyaksikan beliau diganti oleh Mohammad Mentali.
Antara tugas pertama Pengiran Bala selaku ketua jurulatih sementara Sarawak FA adalah memastikan pasukan tersebut kekal di Liga Super musim hadapan. – SarawakCrocs.com