MIRI – Daerah Sibuti bakal memiliki sebuah stadium baharu apabila peruntukan sebanyak RM3 juta untuk pembinaan stadium berkenaan diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg .
Menurut Abang Johari, peruntukan tersebut telah diluluskan, dan sebuah stadium yang balapan, padang bola sepak dan pentas, sama seperti spesifikasi yang ada di Lawas, Limbang dan Betong akan dibina.
Stadium yang dipohon oleh Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang itu, akan dibina pada tahun depan dan tapak untuk stadium tersebut telah dikenalpasti dan dibayar premiumnya.
Daerah Sibuti sebelum ini dikenali dengan nama Daerah Subis, dan ianya merupakan sebuah daerah di Bahagian Miri. – SarawakCrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



[…] Pengiran Bala telah dinamakan sebagai Ketua Jurulatih yang baharu untuk Sarawak FA selepas David Usop mengumumkan beliau ‘merehatkan diri’ sebentar […]