Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan secara rasminya menggantikan pasukan DRB-Hicom FC yang menarik diri dari Liga Premier musim hadapan.
Menurut Kevin Ramalingam, Pengarah Exekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), keputusan itu dibuat selaras dengan kes-kes sebelum ini, sambil menegaskan pihaknya tidak ada menetapkan sebarang kriteria kepada ATM.
Dalam pada itu, pasukan ATM perlu mengesahkan penyertaan mereka di Liga Premier sebelum 9 Disember.
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa DRB-Hicom bakal diambil alih oleh AirAsia FC, sekaligus memberikan AirAsia FC slot automatik ke Liga Premier.
Kenytaan tersebut walaubagaimanapun disangkal oleh AirAsia FC.

![[MSL] Sarawak vs ATM](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/01/ATM-FA.jpg?fit=660%2C250&ssl=1)


