Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kelmarin telah mengesahkan bahawa negara itu akan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada tahun 2021.

Ini berikutan pemilihan republik tersebut oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tuan rumah kejohanan tersebut.

Indonesia menewaskan enam negara lain yang membida untuk menjadi penganjur kejohanan tersebut yakni Arab Saudi, Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Selatan, Peru dan Brazil.

Menurut kenyataan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), sepuluh stadium akan disediakan untuk Piala Dunia tersebut yakni Gelora Bung Karno (Jakarta), Pakansari (Bogor), Manahan (Solo), I Wayan Dipta (Bali), Mandala Krida (Yogyakarta), Jakabaring (Palembang), Wibawa Mukti (Cikarang), Patriot (Bekasi), Jalak Harupat (Bandung) dan Gelora Bung Tomo (Surabaya).

Pemilihan Indonesia merupakan kali kedua sebuah negara Asia Tenggara menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Piala Dunia B-20.

Pada tahun 1997, Malaysia menganjurkan kejohanan sama dengan pasukan Argentina dinobatkan sebagai juara pada ketika itu.

Pada ketika itu, kejohananan yang bermula pada tahun 1977 itu diberi nama FIFA World Youth Championship.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Indonesia dan adalah diharap penganjuran Indonesia akan menjadi yang terbaik pada 2021 kelak.