Ashri pilih Sarawak United, Tommy pilih Kuching FA

Dua pemain Sarawak yang berkelana ke Semenanjung Malaysia sebelum ini didakwa sudahpun memilih pasukan masing-maisng untuk musim hadapan.

Laman Suara Sarawak mendakwa Ashri Chuchu yang merupakan bekas pemain Kuala Lumpur FA, telah memilih untuk bersama Sarawak United pada musim hadapan manakala Kuching FA mengesahkan Tommy Mawat, yang berkelana ke PKNS FC dan PJ Rangers, telahpun menyertai Kuchijg FA.

Berita pengambilan Tommy telah disahkan oleh pihak Kuching FA sebentar tadi dengan pemain muda itu dilaporkan sangat teruja untuk menyertai pasukan baharunya.

Tommy merupakan antara pemain bintang pasukan Sarawak FA beberapa musim lepas.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyambung kontrak bersama Sarawak FA selepas ditawarkan ke pasukan PJ Rangers pada tahun 2018.

Pada tahun 2019, Tommy telah berhijrah ke PKNS FC.

Ashri Chuchu pula merupakan antara pemain bintang pasukan Sarawak FA dan telah menempah nama sebagai antara penyerang terbaik di negara.

Beliau walaubagaimanapun telah berhijrah ke KL FA untuk beberapa musim dan turut membantu pasukan tersebut naik ke Liga Super pada tahun 2018.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top