Pemain kelahiran Sarawak, Ashri Chuchu pada Sabtu lepas, muncul wira pasukan Kuala Lumpur FA apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir perlawanan menentang Kedah FA.
Ashri yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-88 nyata tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi apabila beliau memastikan bola hasil rembatan Guilherme masuk ke dalam gawang bagi memastikan kemenangan mutlak milik Kuala Lumpur FA.
Ashri yang sebelum ini bermain untuk pasukan Sarawak FA telah berkelana ke Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan menerima tawaran untuk bersama pasukan Liga Premier Kuala Lumpur pada ketika itu.
Kontrak beliau bersama pasukan bergelar ‘City Boys’ itu kemudiannya dipanjangkan pada musim ini selepas Kuala Lumpur FA menjadi juara Liga Premier, dan dinaikkan ke Liga Super secara automatik.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Tahniah
Terbaik bro.
Sgt2 bagus dgn ada speeding,dia masih mcm dulu jga.
Dulu masa saya d,subang jaya pun kwn saya dari kelantan pun suka game dia.
Nang steady main ashri n bonai sejak kluar dari team swak
ya kan..bonai terus msk 1st eleven pkns…dah jdi tanker pkns..ashri lebih kpda supersub💪🏼💪🏼💪🏼
terbaik anak2 Sarawak
Takniah lai .
Tbaik lh bro
Terbaik Asri….tahniah
Sikda perlu dicerita dan dikenang…urang yang pernah dikhianat oleh FAS kini cukup berjaya..
Gilmar pun berbisa juak
Anak jati sarawak you you
Salah satu contoh player yg ada kualiti…bila berani berhijrah, tak ada masalah utk menaikan semula sentuhan…Bonai di pkns pun dah nampak nya empun kredibiliti sebagai pemain yg berpotensi..kalau stay dgan sarawak masih duduk bangku simpanan…
Btul tu bro..aku sokong
bonai jadi krta kebal pkns dah..agresif nya main..terbaik💪🏼💪🏼💪🏼
Stedey Chu’…
Tahniah lah. Gol bola muntah je pun.
Sarawak buang player bagus, ambil player ke laut