Pasukan Kuching FA yang berjaya menundukkan Kelantan United minggu lepas terlepas peluang merapatkan diri dengan pendahulu tahta liga selepas kalah 2-1 kepada Armed Forces FC sebentar tadi.
Armed Forces cemerlang mengasak kubu pasukan Kuching seawal perlawanan bermula dan hasilnya, Rafizol meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan melalui jaringan sepakan penalti pada minit ke-7.
Armed Forces terus ghairah menyerang kubu Kuching, dan sekali lagi berjaya menjaringkan gol.
Kali ini, penyerang kelahiran Sarawak, Venice Elphi menjaringkan gol kedua Armed Forces pada minit ke-22.
Kuching cuba bangkit melalui serangan kilat, namun beberapa percubaan berbahaya oleh Sufizal Ismail dan Zainiluddin gagal menemui sasaran.
Malahan, Armed Forces terus menyerang kubu Kuching dengan Iqbal Suhaimi bekerja keras menyelamatkan tidak kurang tiga cubaan berbahaya ke arah gawang Kuching.
Keputusan memihak Armed Forces kekal sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, giliran Kuching pula mengasak kubu Armed Forces namun terus buntu di hadapan gol.
Usaha mereka walaubagaimanapun berhasil dengan Sufizal menjaringkan gol saguhati Kuching selepas dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-83 perlawanan.
Kedua-dua pasukan kemudiannya berbalas serangan namun keputusan memihak tuan rumah kekal sehingga wisel penamat.
FT Armed Forces FC 2 – 1 Kuching FA