Anak-anak buah Fuad Grbesic berjaya menundukkan pasukan bawah-21 tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin di dalam satu perlawanan yang menghasilkan tujuh jaringan.
Perlawanan yang diadakan di Stadium MINDEF Kuala Lumpur menyaksikan Sarawak membuka tirai jaringan melalui Tommy Mawat pada minit ke -17.
ATM kemudiannya menyamakan kedudukan melalui pemain gantian Dally Emong sebelum tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Sarawak meneruskan permainan kemas, namun Dally sekali lagi menemui belakang gol untuk ATM pada minit ke-51.
Belum sempat pemain ATM selesa dengan gol pendahuluan tersebut, Syazani Zakaris menyamakan kedudukan untuk pasukan Sarawak seminit kemudian.
Abdul Rahim Abdul Razak kemudiannya meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-57.
Dengan perlawanan berbaki sembilan minit, ATM sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Mohd Faiz Shanol, namun kemenangan sah milik pasukan bawah-21 tahun Sarawak apabila Tommy menjaringkan gol keduanya, yang juga gol kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir perlawanan, sekaligus memberikan Sarawak mata penuh.
Lain-lain keputusan Piala Presiden:
KUMPULAN A
KEDAH 0-1 KELANTANN SEMBILAN 0-2 TERENGGANU
UITM FC 0-2 JDT III
ATM 3-4 SARAWAK
PERLIS 0-0 FELDA UNITED
KUMPULAN B
PAHANG 3-1 P PINANG
K LUMPUR 1-1 SELANGOR
PDRM 1-0 SABAH
T-TEAM 2-1 PKNS FC
MELAKA 0-1 PERAK