Amri mahu tewaskan Selangor sekiranya Sarawak United bertemu pasukan tersebut

Lagenda bola sepak Malaysia, yang juga pemain terbaharu kelab bolasepak Sarawak United A (SUA), Amri Yahyah, mahu kempen Liga Premier Sarawak United bermula dengan kemenangan.

Amri yang ditemuramah oleh Suara Sarawak dipetik akhbar tersebut sebagai berkata beliau akan memberi fokus kepada setiap perlawanan yang dilalui Sarawak United.

Beliau juga berharap rakan sepasukan beliau memberi bantuan untuk membolehkan pasukan Sarawak United memenangi setiap perlawanan.

Penyerang berusia 39 tahun itu juga berkata bahawa beliau berharap dapat membantu pasukan SUA untuk pergi jauh.

Amri juga bersyukur kerana pihak SUA berminat mengambilnya sebagai pemain dan berharap bahawa beliau akan cepat berkomunikasi dengan pemain lain.

Tambah Amri, beliau berharap SUA akan bertemu pasukan Selangor dan mengalahkan pasukan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top