Pemain pertahanan kental pasukan Sarawak, Ronny Harun berkata bahawa kekalahan pada pasukan Kedah minggu lepas akan dijadikan pengajaran untuk mendepani perlawanan pertama di Stadium Negeri menentang Pahang minggu ini.
Memetik laporan dari Stadium Astro, kekalahan Sarawak menentang Kedah minggu lalu berpunca daripada pasukan Sarawak yang kurang fokus sepanjang 90 minit masa perlawanan.
Ronny turut memuji pemain muda Sarawak yang menunjukkan kesungguhan dan iltizam yang tinggi hingga ke wisel penamat.
Pemain-pemain muda Sarawak seperti Nurshamie Iszuan Amin, Tommy Mawat dan Abdul Rahim Razak ternyata mencuri tumpuan dalam perlawanan tersebut.
Pasukan Sarawak kini bersiap sedia untuk melayan kunjungan Pahang untuk perlawanan ketiga Liga Super 2017 di Kuching yang dijadualkan akan berlangsung minggu ini.
Dapatkan Jersi Rasmi SarawakCrocs 2017 sekarang melalui pre-order sahaja pada harga RM70 atau hubungi +60111271409 melalui whatsapp.