Jurulatih Sarawak Robert Alberts melahirkan perasaan kurang senang beliau apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa beliau telah berkata “kemenangan ke atas Sime Darby pada Jumaat lepas akan memastikan Sarawak juara Liga Perdana”.
Menurut akhbar tempatan Sarawak, Roberts menafikan pernah berkata demikian, sambil menegaskan bahawa dia tidak ada ditemuramah dalam masa terdekat berkenaan isu tersebut sebelum perlawanan Sarawak-Sime Darby.
Alberts turut menegaskan bahawa laporan sedemikian telah menyebabkan beliau kelihatan angkuh di pandangan ramai, dan beliau seterusnya memohon akhbar tersebut memohon maaf diatas kesilapan laporan tersebut.