Sungguhpun prestasi pasukan Bujang Senang buat masa ini agak kurang konsisten, namun kemenangan berdepan PKNS FC pada hujung minggu ini boleh melonjakkan pasukan bimbingan David Usop itu ke tangga ke-6 Liga Super.
PKNS yang kini di tangga ke-6 liga, mempunyai tujuh mata, dan boleh dipintas sekiranya Sarawak FA berjaya menewaskan pasukan lembah Klang tersebut dengan beza jaringan empat gol.
Dalam perkembangan sama, kedudukan pasukan Sarawak FA juga boleh terus diperbaiki sekiranya pasukan yang bertapak di Kuching itu menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa hadapan di tempat sendiri.
Sungguhpun demikian, prestasi tidak menentu pasukan Sarawak juga mungkin menyaksikan misi memburu tiga mata berharga di Selangor, dan juga Stadium Negeri menjadi agak sukar.
JDT yang kini mengalami musim tidak menentu kini berada di kedudukan bawahan liga dengan satu lagi perlawanan di dalam tangan.
Pasukan Sarawak dijangka akan terbang ke Selangor pada Jumaat ini bagi meneruskan misi memburu tiga mata.
Ngap sayot utk org srwak. buat yg trbaik
Boleh ke???
ranking itu tidak penting bagi sarawak…janji main dengan baik…pppffttt
Doakan.. Sarawak. Main dgn baik.. Mesti boleh
Klo klah kdudukan brpa..hrp2 srawak menang lh nnt. Amin
Myuh aii..baru oleh mnang incas oiii
Jgn terlalu konfiden U u…….
PKNS ia bukan team keropok. Apapun buat yg terbaikkkkk…
Ronnie rehatkan,selalu leka dah boring dah tengok nya main…
Sarawak mesti boleh………
TP team pkns fc mmg kuat tahun ni lain lh klo tahun lepas..hmmm
sarawak Boleh….
pelan pelan ….
Bobby pian supersub x dpakei..dolok last minit game kompom gol swak alu mng.
Encang sarawak encang. Kami tunggu juara mu!!
Encang sarawak!..sarawak boleh!
Patut bobby pian main tengah baru nya…
Harap2 menang.biar 1 gol.asal menang jak.sarawak boleh.doakan sarawak menang….
Encang sampei mati
Sarawak boleh3 menang hooohaaa
Klo la menang..😂
Loba
Nya mcm ya jakkkk
Encang sarawak encang…encang sampei palak bisak
Sapa mng semalam.geng
Yahooooooo
Ayuh Team Sarawak..teruskan perjuangan. Kemenangan amat2 diperlukan skrg..
Hahahahaha
Mustahil
Biar main x bagus jnji menang.. Klk usey2, mnyesuai kn dirik.., jd team kuat..
Comments are closed.