Mantan ketua jurulatih dan pengurus Sarawak FA, Alan Vest telah tersenarai sebagai ketua jurulatih impian oleh Western Australia (WA).

Dalam satu kenyataan ringkas, WA turut menyenaraikan bekas pemain import Sarawak FA Gareth Naven.

Naven telah bermain dengan pasukan Sarawak FA pada tahun 1995.

Mantan pemain Selangor FA pada tahun 1992, Robbie Dunn, juga turut tersenarai di dalam senarai yang dikeluarkan WA itu.

Juga tersenarai di dalam senarai tersebut adalah bekas pemain Liga Inggeris, Shaun Murphy, yang pernah bermain dengan Sheffield United, Notts County dan West Bromwich Albion.

Beberapa pemain lain seperti Robert Zabica, Ron Adiar, Scott Miller, Gary Marocchi, Stan Lazaridis, John McInroy, Bobby Despotovski dan Len Dundo turut berjaya ditempatkan di dalam senarai tersebut.