Azman Chuchu, adik kepada pemain Sarawak United FC, Ashri Chuchu terpaksa beraya di Kuala Lumpur selepas permohonannya untuk balik ke Sarawak telah ditolak.

Beliau meluahkan rasa terkilannya berikutan tidak dapat beraya di kampung halamannya di Limbang, Sarawak.

Pemain berumur 23 tahun itu kini beraksi bersama Kuala Lumpur, dan beliau kini terkandas di Kuala Lumpur sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penangguhan Liga Malaysia.

“Perasaan memang amat sedih kerana tidak dapat berjumpa keluarga, lagipun telah lama tak berjuma dengan keluarga” kata Azman kepada Astro Arena.

“Saya telah membuat permohonan tetapi tidak dibenarkan balik.” katanya lagi.