Abu Kamara: Sasaran pasukan lebih penting dari sasaran peribadi

Penyerang import terbaharu Kuching City tidak mahu meletakkan sebarang sasaran jumlah jaringan gol yang bakal dibuatnya untuk musim ini.

Peyerang Liberia yang berusia 24 tahun itu merasakan pencapaian dirinya adalah tidak sepenting pencapaian kelab yang diwakilinya, dan beliau mahu membantu kelab berjaya.

Beliau berkata demikian dalam satu temuramah khas oleh Buletin MFL yang dikongsikan oleh Malaysia Football League.

“Benda pertama dalam fikiran saya adalah untuk membawa pasukan ke peringkat lebih tinggi. Pencapaian peribadi saya tidak penting kerana saya fokus untuk membantu pasukan” kata Kamara dalam temuramah tersebut.

Dalam pada itu, Kamara enggan meletakkan sasaran jumlah gol yang bakal dijaringkannya.

Beliau yang pertama kali bermain di Malaysia berkata bahawa persekitaran dan corak bermain bola sepak di Malaysia adalah berlainan dengan Eropah yang merupakan kebiasaannya, dan oleh yang demikian beliau tidak dapat menetapkan sasaran gol buat masa ini.

Kamara adalah penyerang terbaharu Kuching City dan beliau telah menunjukkan taringnya dalam perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan dengan menjaringkan gol tunggal The Cats.

>> JERSI BAHARU KUCHING CITY

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top