LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penyerang Kuching City, Abu Kamara masih mebmbiasakan diri dengan suasana di Malaysia.

Beliau yang meletakkan sasaran mahu membantu Kuching City masuk ke Liga Super pada musim hadapan berkata bahawa cuaca dan suasana di Malaysia berbeza daripada apa yang sering beliau alami sebelum ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Malah, Kamara juga mengakui beliau kehilangan suara kerana badannya masih cuba membiasakan diri dengan cuaca panas di Malaysia.

“Ya iannya sangat berbeza dengan cuaca juga dan saya pun dah kehilangan suara kerana cuaca yang berbeza di sini. ” kata Kamara dalam temubual bersama Buletin MFL.

“Sebelum ini saya berada di negara yang cuacanya berlainan dan sejak saya di sini saya kehilangan suara dan gaya tidur saya juga sudah berubah.” jelas Kamara lagi.

Sungguhpun demikian, Kamara mengakui beliau kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan budaya dan cuaca di Malaysia, namun akan melakukannya satu per satu.

“Saya akan menyesuaikan diri dengan budaya dan orang tempatan satu persatu.” kata Kamara lagi.

>> JERSI BAHARU KUCHING CITY