11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak telah melengkapkan perpindahan bekas pemain Sabah, dan juga Pulau Pinang Arumugam Varathan. Mengikut sumber SarawakCrocs.com, Varathan ditandatangani sebagai bek kanan pasukan Bujang Senang dan sudahpun menjalani latihan bersama skuad dari Borneo tersebut mulai hari ini.

Varathan merupakan seorang pemain yang rajin di atas padang menurut sumber kami di SabahRhinos.com. Beliau yang baru berumur 29 tahun dikatakan gagal menepati taktik jurulatih Sabah Milivoj Bračun, sekaligus menyaksikan beliau berhijrah keluar dari pasukan Borneo tersebut.

SHOPEE

Varathan kemudianya dipancing Pulau Pinang, dan telah bermain bersama pasukan tersebut sehingga tamat musim 2014, termasuk beraksi di dalam Piala Malaysia 2014.

Adalah dijangkakan bahawa Varathan ditandatangani oleh Sarawak bagi mengisi ruang yang ditinggalkan oleh Mafry Balang yang telah berhijrah ke Pulau Pinang, namun wujud ura-ura tidak sah menyatakan berkemungkinan telah berlaku pertukaran pemain diantara Pulau Pinang dan Sarawak.

Pemain berketinggian 180cm itu dijangka bersaing sengit merebut tempat di dalam kesebelasan utama Sarawak kerana pemain tempatan Sarawak, Dzulazlan Ibrahim, turut amat berkebolehan bermain di posisi yang sama.