5 Kesan pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM terhadap bolasepak Sarawak

Umum mengetahui bahawa Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telahpun dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, namun tidak ramai yang melihat signifikan perlantikan beliau ke atas bolasepak Sarawak.

Berdasarkan maklumat diterima dan dibaca, berikut adalah lima kesan pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM ke atas bolasepak Sarawak, dan di sini kami senaraikannya.

LEBIH BANYAK SIARAN LANGSUNG

Permintaan paling tinggi dari peminat Bujang Senang, dan ianya bakal berlaku kerana TMJ pernah menyuarakan perasaan tidak puas hati Baginda berkenaan kekurangan atau ketiadaan siaran langsung bagi pasukan Sarawak FA. Ini ditambah pula dengan hasrat TMJ sendiri memberikan siaran langsung secara lebih adil kepada semua pasukan.  Berbekalkan hakikat itu, tidak mustahil pemberian siaran langsung Liga Super akan lebih rata, sekaligus menyaksikan Sarawak FA diberi lebih satu atau dua siaran langsung dari Stadium Negeri selepas ini, ataupun mendapat lebih banyak siaran langsung secara langsung.

PENGADIL LEBIH TELUS KETIKA PERLAWANAN

Antara keinginan TMJ yang paling besar adalah mewujudkan satu badan pengadil yang profesional di Malaysia. Dengan wujudnya badan tersebut mutu pengadilan di Liga Malaysia dipercayai akan meningkat. Hal ini secara langsung akan membantu pasukan Sarawak FA kerana ianya bukan rahsia bahawa mutu pengadilan bagi perlawanan melibatkan Sarawak FA dilihat agak teruk sejak dahulu lagi.

FAS KAYA RAYA!

TMJ mahu setiap pasukan diberi royalti penyiaran yang lebih besar. Baginda telah acap kali menyataka perkara ini dan kini, selaku presiden FAM yang baharu, beliau boleh menolak kehadapan agenda ini, sekaligus menyaksikan badan gabungan seperti Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendapat dana lebih besar untuk digunakan bagi menaikkan lagi pembangunan bola sepak peringkat akar umbi Sarawak. Persoalannya adalah bagaimana FAS membelanjakan durian runtuh itu kelak.

PELUANG ANAK SARAWAK LEBIH BESAR

Hubungan rapat Sarawak dan Johor dari segi bolasepak adalah amat baik dengan TMJ sendiri sering memuji peminat, pengurusan dan pasukan Bujang Senang. Dalam pada itu, adalah dipercayai hubungan ini akan bertambah baik dengan pelantikan TMJ sekaligus menyaksikan lebih ramai ‘anak Sarawak’ diberi peluang untuk memajukan diri di peringkat lebih tinggi bolasepak seperti dibawa masuk ke Akedemi JDT, atau yang sepertinya di seluruh dunia. – Dalam erti kata lain, akan hadir kesama-rataan dari pelbagai akspek pentadibiran, sekaligus membuka peluang kepada pemain bolasepak dari Sarawak untuk memperkembangkan diri.

KRISIS BOLASEPAK SARAWAK LEBIH TERDEDAH

Dengan TMJ mahu rakyat menjadi salah satu ‘stake-holder’ di dalam FAM, maka harapan dan masalah yang dialami di peringkat akar umbi akan lebih mudah dikenalpasti oleh FAM.  Ini termasuklah masalah yang dihadapi FAS di dalam membangunkan bolasepak Sarawak yang mempunyai geografi besar dan dana yang kecil atau sama dengan pasukan lain. Dalam pada itu, cadangan TMJ untuk mengadakan mesyuarat exco di seluruh negara secara bergilir bukan sahaja akan merapatkan pihak atasan FAM dengan pihak penyelia bolaepak tempatan, tetapi ianya juga akan membolehkan kesederan krisis bolasepak dikenalpasti dengan mudah.

Sesungguhnya, pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM bakal membawa seribu satu harapan, dan adalah diharapkan ianya bukan sahaja tertakluk kepada lima di atas bagi Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top